ASAS PENGURUSAN EFISYEN


Pentadbiran Pintar Berkat Enterprise telah menyediakan langkah-langkah asas untuk tujuan pengurusan perniagaan yang lebih efisyen dan teratur.

Langkah-langkah asas tersebut ialah:

Sentiasa bergerak aktif dalam proses mencari pasaran;

Menjalin hubungan yang terbaik antara syarikat, pelanggan dan masyarakat;

Mendapatkan maklumat mengikut kehendak pelanggan;

Mencari jalan penyelesaian kepada segala masalah yang timbul seperti urusan pekerja, perjalanan projek dan kewangan;

Memastikan projek yang dijalankan adalah mengikut spesifikasi dan arahan kerja yang ditetapkan;

Memastikan hasil kerja yang berkualiti;

Mencari peluang-peluang pasaran dan perniagaan baru supaya prestasi perniagaan dapat dipertingkatkan;

Sentiasa menyelia dan memantau kelancaran kerja-kerja supaya sesuai dengan piawaian dan kualiti yang terbaik;

Sentiasa memastikan suasana perniagaan dalam keadaan adil, ceria, sopan, ramah, berilmu dan professional.

0 comments:

Post a Comment